Wednesday, April 1, 2009

AKTIVITI YANG TERPAKSA DITUNDA!!We're Sorry...

salam perpaduan dan ukhwah..
Kepada semua penghuni kolej kediaman jutaan maaf diucapkan kerana agak lama tidak menulis di blog ini.kekangan masa menyebabkan kami tidak berkesempatan. Namun begitu kebajikan anda di kolej kediaman tetap menjadi keutamaan kami selaku JPP 2009. Guru pelatih sekelian terdapat beberapa makluman yang ingin disampaikan. Perkara yang pertama, mengikut takwim Exco Koej Kediaman pada 24 Mac 2009 sepatutnya diadakan Majlis Ramah Mesra Kolej Kediaman tetapi ianya terpaksa ditangguhkan kerana PISMP menjalani SBE dan terdapat juga beberapa masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kami akan menetapkan satu tarikh yang lain yang akan diberitahu kemudian. Beberapa aktiviti juga akan menyusul selepas ini seperti "College Open Day" yang bakal menjanjikan keseronokan kepada anda semua. Selain keseronokan "College Open Day" ini akan merapatkan lagi anda dengan penghuni blok anda. Mungkin selama ini anda tidak mengenali mereka walaupun tinggal sebumbung namun pada hari itu anda akan menjadi seperti sebuah kelurga yang besar. Itulah harapan kami Exco Kolej Kediaman. Jika mengikut takwim kami ia akan di adakan pada 25 April ini. Walaubagaimanapun, jika ada kekangan tarikh mungkin akan dipinda atau sebaliknya. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. Akhir kata, damai dan harmonilah anda semua di kolej kediaman kerana kolej kediaman adalah tmpat tinggal anda ibarat RUMAHKU SYURGAKU..
sekian...............

1 comment:

  1. fize'... msukan la cbox.. sng org nk wat aduan.. x pon wat form trus ke email ko.. bru ICT cket.. mcm bro ok??

    ReplyDelete