Monday, April 27, 2009

terima kasih semua....

salam blok dan salam perpaduan...

julung2 kalinya exco kolej dan kediaman telah mengadakan pertandingan suara emas dan gotong rotong perdana pada 25 dan 26 april 2009.

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar...segala yang dirancang berjalan dengan baik.

kami dari exco kolej dan kediaman ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penasihat kami iaitu en. Jamil kerana telah berusaha keras bersama kami untuk menjayakan program ini.tidak lupa juga kepada semua ajk di bawah exco kolej dan kediaman kerana telah memberi komitmen yang tidak putus-putus kepada kami.selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penghuni blok yang telah melibatkan diri dalam aktiviti ini serta menyokong rakan-rakan yang lain ketika pertandingan suara emas.kehadiran anda telah menghidupkan suasana pertandingan...

akhir kalam dari kami...

TERIMA KASIH SEMUA!!!

Wednesday, April 1, 2009

AKTIVITI YANG TERPAKSA DITUNDA!!We're Sorry...

salam perpaduan dan ukhwah..
Kepada semua penghuni kolej kediaman jutaan maaf diucapkan kerana agak lama tidak menulis di blog ini.kekangan masa menyebabkan kami tidak berkesempatan. Namun begitu kebajikan anda di kolej kediaman tetap menjadi keutamaan kami selaku JPP 2009. Guru pelatih sekelian terdapat beberapa makluman yang ingin disampaikan. Perkara yang pertama, mengikut takwim Exco Koej Kediaman pada 24 Mac 2009 sepatutnya diadakan Majlis Ramah Mesra Kolej Kediaman tetapi ianya terpaksa ditangguhkan kerana PISMP menjalani SBE dan terdapat juga beberapa masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, kami akan menetapkan satu tarikh yang lain yang akan diberitahu kemudian. Beberapa aktiviti juga akan menyusul selepas ini seperti "College Open Day" yang bakal menjanjikan keseronokan kepada anda semua. Selain keseronokan "College Open Day" ini akan merapatkan lagi anda dengan penghuni blok anda. Mungkin selama ini anda tidak mengenali mereka walaupun tinggal sebumbung namun pada hari itu anda akan menjadi seperti sebuah kelurga yang besar. Itulah harapan kami Exco Kolej Kediaman. Jika mengikut takwim kami ia akan di adakan pada 25 April ini. Walaubagaimanapun, jika ada kekangan tarikh mungkin akan dipinda atau sebaliknya. Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami. Akhir kata, damai dan harmonilah anda semua di kolej kediaman kerana kolej kediaman adalah tmpat tinggal anda ibarat RUMAHKU SYURGAKU..
sekian...............

Sunday, March 8, 2009

Blog rasmi exco kolej dan kediaman IPGM kampus Tengku Ampuan Afzan

salam ukhuwah dan perpaduan...
afzanCO-RE adalah singkatan kepada Afzan college and residence dan ia adalah nama rasmi bagi blog exco kolej dan kediaman.
penghasilan blog ini bertujuan untuk memudahkan penghuni-penghuni asrama mendapat maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh exco kolej dan kediaman.
selain itu, kepada semua penghuni asrama di IPGMK Tengku Ampuan Afzan, anda juga boleh menghantar sebarang komen, aduan, cadangan dan penambahbaikan tentang kolej dan kediaman di blog rasmi kami ini...

Thursday, March 5, 2009